

Perintis Books Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang akan menerbitkan buku cerita, buku umum dan buku teks sekolah yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta alat bantuan mengajar. Perintis Books Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik bumiputera 100%.
Perintis Books Sdn. Bhd. mempunyai harapan yang besar dan begitu komited dalam
mencapai matlamat untuk menjadi penerbit buku yang mantap, berdaya maju dan
mempunyai kapasiti untuk terus menerbitkan bahan-bahan bacaan bermutu.




