|
Soalan Lazim (FAQ) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pesanan dan Belian 3. Bolehkah saya membeli buku di pejabat Perintis? 4. Bolehkah saya membeli buku secara tunai melalui pesanan yang dibuat di laman 5. Bolehkah saya membayar menggunakan kad kredit? 6. Setelah pembayaran dibuat, apakah langkah seterusnya yang perlu saya ambil? 7. Bolehkah saya membuat pembayaran tunai setelah pesanan dihantar kepada saya? 8. Adakah saya akan menerima makluman daripada syarikat tuan selepas saya Penghantaran
Pesanan dan Belian
1. Apakah cara untuk saya membuat pesanan?
Ada 3 cara untuk anda membuat pesanan.
2. Apakah cara untuk saya membuat pembayaran?
Anda boleh membuat bayaran melalui 3 bank utama kami, iaitu RHB Bank, CIMB Bank dan Maybank. Bayaran boleh dibuat secara pemindahan tunai (di bank berkenaan) atau online.
Bagi anda yang ingin membuat bayaran menggunakan
i. RHB Bank - sila gunakan nombor bank akaun 26223200001526 atas nama Perintis Publications ii. CIMB Bank - sila gunakan nombor bank akaun 12100001165054 atas nama Khidmat Perintis iii. Maybank - sila gunakan nombor bank akaun 162384624072 atas nama Fatahiyah Hj Mohd Ghazali
Sila maklumkan kepada kami apabila bayaran telah dibuat. Makluman boleh dibuat dengan menghantar e-mel ke sales@perintis.com.my atau menghantar pesanan ringkas ke nombor 013-3222867. 3. Bolehkah saya membeli buku di pejabat Perintis?
Tidak. Hal ini kerana kami ialah penerbit buku dan bukan kedai buku. Pada waktu bekerja, editor dan pengatur huruf kami sedang bertugas.
Ya, boleh. Sila rujuk No. 2. 5. Bolehkah saya membayar menggunakan kad kredit?
Tidak. Buat masa ini, kami masih belum memberikan khidmat bayaran menggunakan kad kredit. 6. Setelah pembayaran dibuat, apakah langkah seterusnya yang perlu saya ambil?
Setelah bayaran dibuat, anda maklumkan kepada kami. Makluman boleh dibuat dengan menghantar e-mel ke sales@perintis.com.my atau menghantar pesanan ringkas ke nombor 013-3222867. 7. Bolehkah saya membuat pembayaran tunai setelah pesanan dihantar kepada saya?
Tidak. Namun, untuk kes terpencil, kami menyediakan khidmat ini. Contoh kes terpencil ialah penghantaran yang dibuat jika pada masa yang sama, SALES TEAM kami melalui kawasan anda. Sedikit bayaran tambahan akan dikenakan. 8. Adakah saya akan menerima makluman daripada syarikat tuan selepas saya membuat pesanan?
Ya, pihak kami akan menghantar satu e-mel makluman berserta tajuk buku dan cara pembayaran kepada anda selepas anda membuat pesanan secara online melalui laman web rasmi kami.
Jika anda membuat pesanan secara telefon, hal ini tidak berkaitan.
Jika anda membuat pesanan secara khidmat pesanan ringkas, satu pesanan ringkas makluman berserta cara pembayaran akan dihantar kepada anda sebaik selepas anda membuat pesanan. 9. Adakah saya akan menerima makluman daripada syarikat tuan selepas saya membuat bayaran?
Ya, pihak kami akan menghantar satu e-mel makluman berserta maklumat penghantaran kepada anda selepas anda membuat bayaran dan memaklumkan kepada kami.
Jika anda membuat pesanan secara telefon, hal ini tidak berkaitan.
Jika anda membuat pesanan secara khidmat pesanan ringkas, satu pesanan ringkas makluman berserta maklumat penghantaran akan dihantar kepada anda sebaik selepas anda membuat bayaran dan memaklumkan kepada kami. Penghantaran
1. Apakah cara penghantaran yang dibuat syarikat tuan?
Setiap pesanan akan dihantar menggunakan POS EKSPRES. Namun, sebagai
menghormati permintaan pelanggan kami, kami juga menyediakan cara
penghantaran yang lain, contohnya POSLAJU, kurier dan POSDAFTAR.
Walau bagaimanapun, sedikit bayaran dikenakan jika kos penghantaran
melebihi kos penghantaran yang lazimnya ditanggung oleh kami. 2. Bilakah saya akan menerima pesanan saya?
Anda akan menerima pesanan anda selewat-lewatnya 3 hari bekerja daripada tarikh penghantaran jika poskod kawasan anda adalah seperti berikut:
Anda akan menerima pesanan anda selewat-lewatnya 5 hari bekerja daripada tarikh penghantaran jika poskod kawasan anda adalah seperti berikut:
Anda akan menerima pesanan anda selewat-lewatnya 7 hari bekerja daripada tarikh penghantaran jika poskod kawasan anda adalah seperti berikut:
3. Apakah yang perlu saya buat jika saya masih belum menerima pesanan saya selepas tarikh penerimaan?
Jika anda masih belum menerima pesanan pada tarikh penerimaan,
4. Adakah saya perlu membayar kos penghantaran bagi setiap pesanan yang saya buat?
Pihak Perintis akan menanggung sebahagian kos penghantaran. Sebagai contoh, bagi penghantaran yang menggunakan sampul Pos Ekspres berharga RM4.50, anda perlu membayar sebanyak RM3 sebagai kos penghantaran dan bagi penghantaran yang menggunakan sampul Pos Ekspres berharga RM6.00, anda perlu membayar sebanyak RM4 sebagai kos penghantaran. 5. Bolehkah pesanan saya dihantar dengan menggunakan khidmat penghantaran lain mengikut pilihan saya?
Ya, boleh. Sila rujuk No. 1.
|