Amin Hazyq


Penulis merupakan seorang graduan lulusan University Of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau bertugas di sebuah syarikat swasta dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan pekerja baru, menganjurkan pelbagai program latihan untuk meningkatkan prestasi pekerja dan merangka pelbagai rancangan dan insentif untuk tujuan motivasi pekerja. Dari masa ke semasa, beliau ditugaskan untuk menilai mutu kerja setiap kakitangan dan memastikan sama ada tugasan yang diberi adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.

 

Buku yang ditulis:

Cara Mudah Berucap

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara dan Hos TV Versatil

Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Dan Aktiviti Riadah Syarikat

Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Panduan Kerjaya

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

365 Soalan Lazim Ketika Temu Duga

Ujian Aptitud - Tentukan Kerjaya Anda

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Temu Duga