Panel Penulis

 

Amin Hazyq


Penulis merupakan seorang graduan lulusan University Of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau bertugas di sebuah syarikat swasta dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan pekerja baru, menganjurkan pelbagai program latihan untuk meningkatkan prestasi pekerja dan merangka pelbagai rancangan dan insentif untuk tujuan motivasi pekerja.

     Dari masa ke semasa, beliau ditugaskan untuk menilai mutu kerja setiap kakitangan dan memastikan sama ada tugasan yang diberi adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka.

 

Buku yang ditulis:

Cara Mudah Berucap

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara dan Hos TV Versatil

Cara Mudah Mengendalikan Majlis Rasmi Dan Aktiviti Riadah Syarikat

Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Panduan Kerjaya

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

365 Soalan Lazim Ketika Temu Duga

Ujian Aptitud - Tentukan Kerjaya Anda

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Temu Duga

 

Mohd Yusoff Noordin @ cikgutuition


Penulis merupakan seorang graduan lulusan Universiti Teknologi Mara dan telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang latihan, perbankan dan pemasaran. Beliau ialah seorang jururunding dan pensyarah bahasa Inggeris sepenuh masa dan turut terlibat dalam penterjemahan bahan-bahan ilmiah.
     Tugas beliau dalam bidang pemasaran memerlukan beliau sering ke luar negara dan berurusan dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa. Ini memerlukan beliau sentiasa berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Beliau juga terlibat dengan latihan dalaman syarikat. Beliau menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada pekerja syarikat agar mereka lebih bersedia untuk berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

 

Buku yang ditulis:

Cara Mudah Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk

     Sekolah Rendah

Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris

Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 1

 

Dr. K Ghazalli


Penulis dilahirkan di sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan dan telah mendapat didikan awal di Seremban. Beliau merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang pergigian.

    Beliau pernah bertugas di hospital kerajaan selama sepuluh tahun sebelum menguruskan kliniknya sendiri sekarang. Sepanjang beliau bertugas di serata Malaysia, beliau telah melihat dan bertemu dengan ramai pesakit yang agak keliru dengan hala tuju kerjaya mereka dan mempunyai keyakinan diri sendiri yang rendah. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk membaca dan mencari informasi yang lebih mendalam dalam bidang motivasi.

 

Buku yang ditulis:

Buku Kerjaya            

Menilai Potensi Sebenar Anda

Buku Kanak-kanak  

A to Z Animal Tales From The Forest Series (25 tajuk)

My Perintis Animal Rhymes Series (5 tajuk)

A to Z Learn English Through Rhymes For Young Readers Series (4 tajuk)

A to Z Learn English Through Rhymes For Juniors Series (4 tajuk)

A - Z Mari Belajar Membaca Melalui Seloka (4 tajuk)

Siri Kisah Si Harith & Hannah (8 tajuk)

 

N.A. Salleh


Penulis merupakan seorang graduan Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Universiti Putra Malaysia. Beliau juga pemegang ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bertugas di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan mengajar subjek Bahasa Melayu bagi menengah rendah dan menengah atas.

 

Buku yang ditulis:

Koleksi Contoh Teks Ucapan Berserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan

Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu

101 Perkara Yang Anda Harus Tahu Untuk Menjadi Pengacara dan Hos TV Versatil

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis - Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan

     Korporat

Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis

Siri Buku Grafik Pejuang Tanah Air

 

Siti Sifir


Penulis yang berasal dari Utara tanah air merupakan seorang graduan dalam bidang optometri dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau mendapat ijazah pada tahun 2002 dan memulakan tugas sebagai optometrist pada tahun yang sama. Beliau turut mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan dan telah memulakan blog sendiri untuk mengasah minat beliau. Ilham daripada pembacaan dan pemerhatian telah mendorong beliau menghasilkan buku yang belum dibukukan secara khusus ini dengan harapan dapat membantu sedikit banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat kini.

 

Buku yang ditulis:

Manual Kerja Super Suami

Manual Kerja Super Isteri

 

Shahrul N.R.


Penulis merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan pelbagai dokumentasi berkenaan Kertas Kerja Pembangunan, Pelan Perniagaan, Kertas Cadangan dan Pelan Strategi Projek. Beliau kini bertugas di salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia dan bertanggungjawab dalam soal-soal yang berkaitan dengan perihal Teknologi Maklumat dan operasi pengurusan IT syarikat tersebut.
Berpengalaman memegang jawatan yang melibatkan penyediaan kertas kerja dan pelan perancangan membuatkan beliau begitu arif tentang selok-belok isi kandungan dan kaedah yang sesuai dalam membuat sesuatu kertas kerja. Begitu juga dengan Pelan Perniagaan, telah banyak dihasilkan untuk pelbagai pihak yang memerlukannya bagi tujuan mendapatkan pinjaman kewangan, kelulusan pihak berkuasa dan kajian hasil pendapatan perniagaan yang bakal diceburi.

 

Buku yang ditulis:

Aneka Contoh Profil Syarikat

Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan

Aneka Contoh Kertas Kerja Perniagaan

 

 

fghaz


Penulis merupakan seorang graduan sebuah universiti di United Kingdom. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini juga merupakan pemegang ijazah sarjana dari universiti yang sama.
Beliau merupakan seorang pemilik dan pengarah eksekutif beberapa buah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur. Tugas khusus beliau selain daripada mengawasi produktiviti syarikat adalah untuk menemu duga calon yang berminat menyertai syarikat, merangka program bagi melatih kakitangan baru dan memotivasi kakitangan yang sedia ada. Luar dari waktu bekerja, beliau banyak terlibat dalam pembangunan akhlak remaja dengan menyumbang artikel yang berkaitan dengan isu sosial remaja. Artikel beliau telah diterbitkan dalam beberapa majalah tempatan.

 

Buku yang ditulis:

Buku Kerjaya              

Post Mortem Masalah Temu Duga Anda

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan Kertas Kerja Pengurusan

Buku Kanak-kanak    

Children's Mysterious Encounters With The Third Kind Series (4 tajuk)

Tales For Boys And Girls Series (4 tajuk)

Perintis Young Science Readers Series (10 tajuk) *

Perintis Little Maths Readers Series (8 tajuk) *

     * Boleh juga didapati dalam versi Bahasa Cina.