|

Klik pada kulit buku untuk
contoh muka surat
|
|
Post Mortem Masalah Temu Duga Anda
ISBN
983-3283-72-1
Perintis Books
Sdn. Bhd.
Fghaz
Jumlah
m/s : 112
Saiz : 5" x 7.5" Paperback
Harga asal:
RM12.00
Harga
diskaun:
RM6.00
|
|
Buku
yang dijual adalah dalam keadaan sedikit kotor atau terlipat pada bahagian
kulit buku. Sila lihat foto di bawah.
Bahagian isi buku masih elok dan tidak terjejas.
|
Apakah matlamat
temu duga?
Temu duga diadakan untuk memberi peluang kepada majikan untuk
lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan
menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan
tersebut. Kebanyakan pemburu kerja sering berasa sukar untuk
mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang ada dan
kurang arif tentang teknik-teknik yang betul dalam memohon
pekerjaan dan menghadiri temu duga.
Perkara yang penemu duga ingin tahu daripada anda
Antara perkara yang ingin dicungkil oleh penemu duga daripada
anda adalah seperti berikut:
1. Mampukah anda berkomunikasi dengan baik?
2. Adakah anda seorang yang berfikiran terbuka atau senang
melatah?
3. Mampukah anda menangani tekanan?
4. Bolehkah anda memikul tanggungjawab yang diberikan?
5. Adakah pengalaman atau kelayakan akademik anda relevan dengan
jawatan yang ditawarkan?
6. Bolehkah anda menyesuaikan diri dengan situasi bekerja di
syarikat
mereka?
Buku ini menyingkap masalah yang sering anda hadapi ketika
menghadiri temu duga dan memberikan jalan penyelesaian yang
berkesan. |