Klik pada kulit buku untuk contoh muka surat

 

 

 

 

 

Aneka Contoh Surat Rasmi Dan

Kertas Kerja Pengurusan

ISBN 978-983-43425-1-7

Penerbit Al Falah

Amin Hazyq

N.A. Salleh

Fghaz

Jumlah m/s : 272
Saiz : 5" x 7.5"

Paperback

Harga:

RM20.00  

 

[Kembali]

 

Mereka yang membeli buku ini turut membeli buku-buku berikut:

 

Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim Dalam bahasa Melayu

 

Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan

 

 


Dalam urusan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada keperluan untuk membuat kertas kerja untuk pengurusan seperti menulis surat, tidak kira sama ada surat rasmi ataupun tidak rasmi. Sekiranya kita bekerja, kemahiran menulis surat dan membuat kertas kerja pengurusan yang meyakinkan menjadi satu keperluan yang sangat penting.

Adakalanya kita dikehendaki menulis surat rasmi dan kita cuma diberikan masa yang singkat untuk mengarang. Walaupun kita mengetahui perkara yang hendak dikatakan, kadang-kadang kita buntu dan tidak tahu cara untuk memulakan surat rasmi tersebut.

Hal ini boleh menyebabkan kerja kita tergendala dan kredibiliti kita sebagai seorang pekerja yang baik tergugat. Berapa lamakah yang anda perlukan untuk menulis sepucuk surat rasmi yang ringkas? 10 minit? 20 minit? 1 jam? Atau seharian? Semua itu bergantung kepada kebolehan individu dan kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaik dengan latihan, pembacaan dan pengalaman.

Berapa lamakah pula yang anda perlukan untuk membuat satu kertas kerja pengurusan? Misalannya, anda hendak memohon kelulusan pihak pengurusan untuk memulakan sesuatu projek atau memohon peruntukan kewangan. Buntu bukan, jika anda tidak tahu cara untuk memulakannya?

Buku ini bertujuan untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang cara untuk menulis surat rasmi yang baik dengan susunan bahasa yang sesuai.

 

Kandungan


Pendahuluan
Bahagian I

Aneka Contoh Surat Rasmi

Bahagian II
Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan

Bahagian III
Pelbagai Frasa dan Ayat Untuk Memudahkan Anda Mengarang Surat (Bahasa Melayu)
        (a) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk Permulaan Surat
        (b) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk Pertengahan Surat
        (c) Pelbagai Frasa dan Ayat untuk Menutup Surat
Pelbagai Frasa dan Ayat Untuk Memudahkan Anda Mengarang Surat (Bahasa Inggeris)
        (a) 101 Ways to Start Your Letter
        (b) 101 Ways to End Your Letter

Bahagian IV
Kesalahan Bahasa

Penutup

[Ke atas] [Kembali]