|

Klik pada kulit buku untuk
contoh muka surat
|
|
Teknik-teknik
Pencetakan Pakaian
ISBN 983-4089-10-4
Rush
IT
Mohd Rashid Ghazalli
Jumlah m/s
: 64 Saiz : 6" x 8.5" Paperback
Harga:
RM20.00
(Maaf, buku ini telah
kehabisan stok buat masa ini)
|
|
|
Mereka
yang membeli buku ini turut membeli buku-buku berikut: |
|
|
Buku Teknik-teknik Pencetakan Pakaian ini ditulis untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar mengenai cara-cara yang tersusun untuk
mencetak pakaian.
Isi kandungan buku ini terbahagi kepada tiga aspek, iaitu teori,
teknikal dan pemikiran kreatif. Aspek teori yang dibentangkan dari Bab 1
hingga 2 memperkenalkan industri pencetakan pakaian secara umum. Aspek
ini juga memperkenalkan bahan asas, alat-alat, dan komponen-komponen
utama dalam bidang pencetakan pakaian, berserta definisi dan kegunaannya
secara saintifik.
Aspek teknikal dibentangkan dalam Bab 3 hingga 6. Aspek ini meliputi
cara-cara menyediakan komponen, langkah-langkah menggunakan komponen
yang telah dibuat untuk memproses bahan-bahan, teknik-teknik mencetak
pelbagai jenis reka corak pakaian, serta resipi untuk pembancuhan bahan
pencelup. Penerangan ini disusuli dengan gambarajah yang lengkap.
Aspek pemikiran kreatif pula dibentangkan dalam Bab 7 hingga 10.
bahagian ini mencabar pemikiran pelajar supaya berfikiran luas, peka dan
kreatif melalui latihan praktikal. Dalam menjayakan latihan mereka, para
pelajar perlu menggunakan pelbagai ilmu asas yang telah mereka pelajari
di sekolah. Selain itu, pelajar juga akan diberikan beberapa ‘tips’
untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Pendedahan mengenai transaksi
perniagaan pencetakan pakaian juga akan dibentangkan. |