Klik pada kulit buku untuk contoh muka surat

 

 

 

 

 

 

Aneka Contoh

Profil Syarikat

ISBN 978-983-43425-9-3

Penerbit Al Falah

Shahrul N.R.

Jumlah ms : 184
Saiz : 5" x 7.5"
Paperback

Harga:

RM20.00

(Maaf, buku ini telah kehabisan stok buat masa ini)

[Kembali]

 

Mereka yang membeli buku ini turut membeli buku-buku berikut:

 

Aneka Contoh Kertas Kerja Perniagaan

 

Aneka Contoh Kertas Kerja Pengurusan


Kita biasa mendengar profil syarikat dalam sesebuah syarikat. Profil syarikat begitu sinonim dan perkara yang perlu ada dan menjadi keperluan dalam mencapai hala tuju syarikat. Tahukah anda, apakah yang dikatakan dengan profil syarikat? Untuk siapakah sesebuah sasaran profil syarikat itu dibangunkan? Secara am, profil syarikat boleh diibaratkan sebagai sebuah platform dan medium dalam memperkenalkan kewujudan dan kekuatan sesebuah syarikat. Namun begitu, tidak banyak syarikat pada hari ini yang menyediakan profil syarikat malah menganggap perkara ini sebagai suatu bebanan. Oleh hal yang demikian, buku ini ditulis bagi menyediakan panduan dalam menyediakan sesebuah profil syarikat dan kepentingannya.

Justeru, buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang menerangkan kepentingan profil syarikat sebagai panduan kepada para usahawan dan anda di luar sana dalam menyedia-kan profil syarikat. Buku ini terbahagi kepada lima bahagian seperti yang tertera di bawah:

Bahagian 1 - Apakah profil syarikat?
Bahagian 2 - Untuk siapakah profil syarikat ditulis?
Bahagian 3 - Kepentingan profil syarikat
Bahagian 4 - Format profil syarikat
Bahagian 5 - Aneka contoh profil syarikat

Dalam Bahagian 1, penerangan akan diberi mengenai maksud profil syarikat. Dalam bahagian ini, pembaca akan dapat mengetahui maksud profil syarikat. Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu isi penulisan itu dibentangkan. Manakala dalam Bahagian 2 pula, diterangkan sasaran profil syarikat tersebut dan kepada pihak mana yang perlu diberikannya. Hal ini adalah perlu bagi mengetahui prioriti penulisan itu dilaksanakan.

Manakala dalam Bahagian 3 pula, diterangkan kepentingan profil syarikat tersebut dan sebab diperlukan segera. Segala bentuk format penulisan yang dijelaskan dalam Bahagian 4 akan memberikan idea kepada penulis sama ada perlu mengikut format yang tertentu atau tidak.

Akhir sekali, buku ini menyediakan 10 contoh profil syarikat agar dapat memberikan panduan kepada anda dalam usaha membangunkan profil syarikat anda sendiri.

Oleh itu, dengan adanya panduan yang bersertakan contoh-contoh yang saya sediakan dalam buku ini, diharapkan dapat membawa manfaat kepada syarikat anda demi menjana pendapatan yang lebih positif hendak-Nya.

 

Kandungan


PENDAHULUAN


1   APAKAH PROFIL SYARIKAT?


2   UNTUK SIAPAKAH PROFIL SYARIKAT DITULIS?


3   KEPENTINGAN PROFIL SYARIKAT


4   FORMAT PROFIL SYARIKAT


5   ANEKA CONTOH PROFIL SYARIKAT
     Contoh 1
     Perusahaan Perkhidmatan Dobi
     Contoh 2
     Perusahaan Perkhidmatan Cuci Kenderaan
     Contoh 3
     Perusahaan Ternakan Ikan Air Tawar
     Contoh 4
     Perkhidmatan Majlis Perkahwinan
     Contoh 5
     Perkhidmatan Sewa Kenderaan
     Contoh 6
     Perkhidmatan Dekorasi Dalaman
     Contoh 7
     Perniagaan Kedai Runcit
     Contoh 8
     Perniagaan Teknologi Maklumat
     Contoh 9
     Perniagaan Katering
     Contoh 10
     Perniagaan Perkhidmatan Digital

PENUTUP

[Ke atas] [Kembali]