|

Klik pada kulit buku untuk
contoh muka surat |
|
Aneka Contoh
Surat Rasmi Dan
Kertas Kerja
Pengurusan
ISBN 978-983-43425-1-7
Penerbit Al Falah
Amin Hazyq
N.A. Salleh
Fghaz
Jumlah m/s
: 272
Saiz : 5" x 7.5"
Paperback
Harga:
RM20.00
|
|
|
Dalam
urusan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada keperluan
untuk membuat kertas kerja untuk pengurusan seperti menulis
surat, tidak kira sama ada surat rasmi ataupun tidak rasmi.
Sekiranya kita bekerja, kemahiran menulis surat dan membuat
kertas kerja pengurusan yang meyakinkan menjadi satu keperluan
yang sangat penting.
Adakalanya kita dikehendaki menulis surat rasmi dan kita cuma
diberikan masa yang singkat untuk mengarang. Walaupun kita
mengetahui perkara yang hendak dikatakan, kadang-kadang kita
buntu dan tidak tahu cara untuk memulakan surat rasmi tersebut.
Hal ini boleh menyebabkan kerja kita tergendala dan kredibiliti
kita sebagai seorang pekerja yang baik tergugat. Berapa lamakah
yang anda perlukan untuk menulis sepucuk surat rasmi yang
ringkas? 10 minit? 20 minit? 1 jam? Atau seharian? Semua itu
bergantung kepada kebolehan individu dan kemahiran ini boleh
dipelajari dan diperbaik dengan latihan, pembacaan dan
pengalaman.
Berapa lamakah pula yang anda perlukan untuk membuat satu kertas
kerja pengurusan? Misalannya, anda hendak memohon kelulusan
pihak pengurusan untuk memulakan sesuatu projek atau memohon
peruntukan kewangan. Buntu bukan, jika anda tidak tahu cara
untuk memulakannya?
Buku ini bertujuan untuk memberi anda sedikit panduan dan idea
tentang cara untuk menulis surat rasmi yang baik dengan susunan
bahasa yang sesuai. |