Klik pada kulit buku untuk contoh muka surat

 

 

 

 

 

 

Cara Mudah Memperkenalkan

Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda

ISBN 983-3283-91-8

Perintis Books Sdn. Bhd.

Mohd Yusoff Noordin

Jumlah m/s: 160
Saiz : 5" x 7.5"
Paperback

Harga:

RM16.00  

 

[Kembali]

 

Mereka yang membeli buku ini turut membeli buku-buku berikut:

 

Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris

 

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 1

 

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 - Perbualan Telefon

 


Buku pedoman komprehensif untuk ibu bapa dan pendidik

 

Pengenalan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah membuatkan ibu bapa semakin risau akan kesannya kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, jika mereka sendiri tidak fasih berbahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan ada ibu bapa yang berasa tidak mampu berbuat apa-apa kecuali mengharapkan bantuan guru-guru di sekolah. Bagi ibu bapa yang berkemampuan pula, mereka cuba membantu anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen. Ibu bapa sekarang telah mengubah pandangan mereka terhadap bahasa Inggeris sebagai hanya satu mata pelajaran bahasa kepada bahasa untuk semua jenis ilmu. Hal ini kerana selain penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah, bahasa Inggeris juga banyak digunakan pada peringkat lanjutan seperti diploma dan ijazah.

 

Adalah diharapkan agar anda semua mendapat manfaat daripada segala petua dan pengetahuan yang terdapat dalam buku ini dalam membimbing anak-anak dan pelajar-pelajar anda untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dan seterusnya membantu mereka berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

 

Kandungan


BAB 1     Pengenalan
BAB 2     Perkembangan Bahasa Bayi
BAB 3     Mengenal Masalah Pertuturan Bayi
BAB 4     Bayi Anda Boleh diajar untuk bertutur dua bahasa!
BAB 5     Memuji dan memotivasi dalam pengajaran
BAB 6     Kaedah penggunaan kad imbasan
BAB 7     Belajar melalui pendengaran
BAB 8     Empat Cara Efektif Mengajar Kanak-Kanak Membaca
BAB 9     Memperkenalkan Tatabahasa Dengan Mudah
BAB 10   Memperkenalkan Matematik Peringkat Rendah
BAB 11   Memperkenalkan Sains Peringkat Rendah
BAB 12   Penutup
              Lampiran 1 – Daftar Istilah Matematik
              Lampiran 2 – Daftar Istilah Sains

[Ke atas] [Kembali]