Klik pada kulit buku untuk contoh muka surat

 

 

 

 

 

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial

ISBN 983-3283-73-X

Perintis Books Sdn. Bhd.

Amin Hazyq

Jumlah m/s : 96
Saiz : 5" x 7.5"
Paperback

Harga:

RM12.00

 

[Kembali]

 

Mereka yang membeli buku ini turut membeli buku-buku berikut:

 

Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris

 

 


Kemahiran bersosial jika tidak dipelajari akan menjadi satu penyakit yang boleh menggoyah keyakinan diri dan seterusnya menjejaskan reputasi diri sendiri.

 

Kemahiran bersosial bukan bermakna anda harus bersosial sehingga melupakan batas-batas agama dan tatasusila yang telah ditetapkan, tetapi sekadar mempelajari etiket sosial yang penting dan perlu diamalkan oleh setiap orang untuk memastikan perlakuan kita seharian tidak lari daripada landasan yang betul.

 

Etiket bermaksud satu undang-undang yang menentukan perlakuan, perangai dan kepatuhan terhadap perkara yang telah ditetapkan. Etiket sosial pula ialah batas-batas perlakuan yang dituntut dan dibenarkan dalam pergaulan sosial seharian yang membabitkan pihak-pihak lain. Imej seseorang dibentuk daripada cara beliau menguruskan diripadanya dari segi pakaian, cara bertutur, gerak geri, sopan santun dan budi bahasa serta dapat membuat penyesuaian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi.

 

Buku ini memberi cara mudah untuk anda menguasai kemahiran bersosial dengan mendalami etiket sosial yang betul. Semoga kandungan dalam buku ini dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang lebih dihormati dan disegani.

 

Kandungan


Bab 1  Pengenalan
Bab 2  Ucapan Salam Ketika Bertemu Seseorang
           
Cara Berjabat Tangan
            Cara Memperkenalkan Diri Anda Atau Orang Lain Kepada Seseorang
            Bagaimanakah Anda Merujuk Kepada Seseorang Itu?
Bab 3  Komunikasi Sosial
            Perlakuan Dan Amalan Yang Baik Dalam Pergaulan Sosial
            Peranan Anda Sebagai Hos
            Peranan Anda Sebagai Tetamu
Bab 4  Adab Makan Di Majlis Rasmi
            Menyediakan Meja
            Menggunakan Napkin
            Menggunakan Pisau, Garpu Dan Sudu
            Memesan Makanan
            Perkara-Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Semasa Makan

Bab 5  Etiket Di Pejabat
            Perkara Asas
            Menjaga Hubungan Baik Dengan Rakan Perniagaan
            Menjaga Hubungan Baik Dengan Rakan Sekerja, Pekerja Bawahan Dan Majikan
            Mengendalikan Mesyuarat
            Menyatakan Penghargaan Kepada Kakitangan
            Menggunakan E-Mel
            Menggunakan Telefon
            Perlakuan Lain Di Pejabat Yang Perlu Diberikan Perhatian
Bab 6  Etiket Berpakaian
            Mengapa Perlu Ada Kod Berpakaian?
            Apakah Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Menghadiri Majlis Yang Mempunyai Kod Berpakaian?
Bab 7  Adab Sebagai Tetamu Dan Hos
            Adab Sebagai Tetamu
            Adab Sebagai Hos
Bab 8  Etiket Di Jalan Raya
            Adab Sebagai Pejalan Kaki
            Adab Sebagai Pemandu Kenderaan

Bab 9  Penutup
Bab 10 Uji Kemahiran Bersosial Anda
Soalan
Jawapan

[Ke atas] [Kembali]