Perkara Penting Yang Perlu Difikirkan Oleh
Pengendali Majlis
Terdapat beberapa perkara
penting yang perlu difikirkan oleh seseorang pengendali
majlis, iaitu perkara yang perlu sebelum majlis, ketika majlis dan
selepas majlis tamat.
1 Dua minggu sebelum majlis
Buat satu senarai tentang
perkara penting yang perlu dilakukan sebelum majlis seperti:
Senarai nama tetamu yang telah menjawab dan bersetuju untuk hadir.
Tempahan dewan, pengacara majlis, pembantu lain, muzik dan sebagainya.
Penyediaan makanan – pastikan anda mengingatkan katerer tentang majlis
yang bakal berlangsung. Hal ini dapat memberi anda masa untuk mencari
katerer lain sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Hubungi pengacara majlis untuk berbincang tentang agenda majlis dan
perkara yang perlu dilakukannya nanti. Sekiranya ada
perkara yang beliau tidak faham atau ingin tahu, bantunya
untuk memberikan maklumat yang dikehendakinya.
2
Seminggu sebelum majlis
Pastikan semua door gift dan
cenderahati untuk tetamu telah siap dibuat. Sekiranya anda membuat
tempahan, hubungi pembekal untuk mengetahui status pesanan anda.
Semak dengan pihak hotel bagi menentukan susun atur dewan yang telah
dipersetujui. Sekiranya mereka mempunyai cadangan yang lebih baik, anda
masih mempunyai masa untuk berbincang.
3
Sehari sebelum majlis
Buat senarai semak akhir
tentang senarai nama hadirin dan VIP yang akan hadir. Bincang dengan
pihak-pihak yang berkenaan tentang masa makanan akan disajikan dan
aktiviti semasa majlis dan sebagainya.
Berbincang dan memberikan semua maklumat terkini kepada pengacara majlis
yang telah dilantik.
Yang paling penting, pastikan telefon bimbit anda mempunyai bateri yang
mencukupi untuk keesokan harinya!
4
Hari majlis
Hari yang ditunggu-tunggu
telah tiba dan anda akan menjadi seorang yang paling sibuk pada hari
tersebut.
Pastikan anda mudah dihubungi oleh semua pihak seperti hos majlis, pihak
hotel, pengacara majlis dan sebagainya.
Anda juga mesti sentiasa mengawal pengacara majlis agar tidak tersasar
dan mengawal masa dengan baik. Anda sudah tentu tidak mahu majlis
berlanjutan sehingga melebihi had masa yang dibenarkan!
5 Selepas majlis tamat
Selepas majlis tamat,
menjadi tugas anda untuk melunaskan semua bayaran dengan pihak-pihak
yang terlibat.
Pastikan anda menyimpan semua cek bayaran pemuzik, pengacara majlis,
penghibur dan sebagai-nya pada malam tersebut sebagai tanda kerja mereka
telah selesai.
Jika hos tidak berpuas hati dengan servis mereka dan tidak mahu membayar
jumlah yang dijanjikan, anda harus mencari jalan penyelesaian dengan
bercakap dengan individu terlibat. Lebih elok sekiranya semua masalah
diselesaikan secara aman.
Ke atas
|