Menghadapi Cabaran: Melatih Kesabaran
Sekali kita masuk ke
alam perkahwinan, lebih-lebih lagi dengan orang yang kita cintai,
maka terbayanglah di hadapan mata kita semuanya yang indah. Tanpa
kita duga, mehnah dan tribulasi sedang menunggu kita
tambahan pula memang sudah tugasan syaitan untuk
mengganggu
gugat kebahagiaan kita.
Antara cabaran yang perlu kita hadapi
adalah seperti:
Kerenah
pasangan
Anak-anak
Mentua
Orang
ketiga
Jadual
kerja yang tidak sesuai
Umpatan
orang sekeliling
Jika disenaraikan memanglah tidak cukup sehelai muka
surat. Cuma yang perlu kita fahami
adalah hanya pasangan yang
benar-benar tabah, sabar, yakin dan
optimis yang sanggup mengharungi semua
badai masalah dan melayari bahtera
mereka hingga akhirnya.
Lagipun dalam hal ini, Islam menegaskan umatnya
agar berusaha untuk menahan marah. Jika difikirkan kisah
perjuangan baginda Rasulullah s.a.w, pastilah tidak tertanding dengan
apa-apa yang kita tanggung pada masa ini, namun Baginda dapat melaluinya
tanpa menunjukkan rasa
marah Baginda.
|
Sabda Rasulullah s.a.w:
Awaslah kamu daripada marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan
api dalam kalbu anak Adam. Tidakkah kamu melihat seseorang yang marah
itu merah matanya dan tegang urat-urat lehernya? Kerana itu apabila
seseorang itu merasakan yang demikian, maka hendaklah ia berbaring.
(Riwayat Abu Said Alkhudri r.a)
|
Kaedah menangani rasa marah
Memberikan
nasihat
Sekiranya dia
menyinggung perasaan, nyatakan semula dengan cara halus dan tidak
marah-marah. Jika kaedah kelembutan digunakan, insya-Allah suami atau
anak-anak akan segera sedar.
|
Seperti firman Allah s.w.t:
Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali
orang-orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh, dan
nasihat-menasihati akan kebenaran serta nasihat-menasihati akan
kesabaran.
(Surah Al-Asr)
|
Berbincang
untuk kedamaian
Sekiranya kita bertemu dengan perselisihan
faham yang agak serius, maka jalan yang terbaik adalah dengan berbincang
secara mendalam. Kaedah berbincang adalah seperti menghantar SMS,
menulis surat atau e-mel dan jika anda lebih berani, bercakaplah dari
hati ke hati.
Sekiranya perbincangan sesama kita dengan suami atau dengan anak-anak
tidak mencapai kata sepakat, mungkin boleh dipanggil mereka daripada
pihak ketiga yang adil dan dipercayai.
Menghindari
penceraian
Jangan bertindak terburu-buru meminta
cerai daripada suami atau menghalau anak-anak keluar dari rumah.
Renung semula saat keindahan kita bersama-sama dan juga risiko yang
bakal berlaku jika keadaan ini berlaku.
Hindari
buruk sangka
Elakkan daripada buruk sangka terhadap
pasangan. Hal ini akan menimbulkan tekanan kepada diri kita sendiri.
Sifat diri kita yang cemburu dan suka mencari-cari kesalahan suami dan
anak-anak akan merosakkan rumah tangga.
Adakala, perasaan ini diciptakan oleh Allah untuk menguji setakat mana
iman kita. Seboleh daya, percayalah kepada ahli keluarga kita tetapi
perlulah diingatkan
jangan membuta tuli.
|
Firman Allah s.w.t:
Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada
prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah
dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan
janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
|
Berhenti
mempertikaikan
Sekiranya kita sering bergaduh, mulai hari
ini, mengalahlah sedikit. Hal ini kerana mengalah itu tidak bererti
kalah. Adakala, mengalah yang sedikit pada hari ini akan menyebabkan
kita mendapat kemenangan besar kemudiannya.
Jika ada dua keputusan, maka biasakanlah untuk bermesyuarat bersama
dengan ahli keluarga supaya keputusan terbaik akan dipilih.
Sesuaikan
diri dengan pasangan
Cubalah untuk memahami keperibadian suami
dan anak-anak. Kita tidak akan rugi kerana pada akhirnya, mereka akan
memahami diri kita dengan sendirinya.
Menukar
aktiviti
Bagi mengelakkan lebih banyak perkara yang
dipertikaikan, tukarlah aktiviti harian supaya kita tidak berasa jemu
dan menyebabkan diri kita tidak dapat membendung kesabaran.
Meminta
nasihat orang lain
Sekiranya kita benar-benar buntu,
berjumpalah dengan mereka yang dipercayai atau sebaiknya mereka yang
profesional seperti kaunselor, pegawai agama dan lain-lain.
|
Firman Allah s.w.t:
Bertanyalah kepada orang yang pakar sekira-nya kamu tidak mengetahui.
(Surah
An-Nahl: 43)
|