(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial - Tatacara Diri Dan Etiket Sosial)

Oleh: Amin Hazyq

Klinik Kerjaya Perintis                           


Sekiranya anda menghadiri satu majlis formal yang diadakan di hotel atau di restoran, anda akan dapati meja akan disiapkan untuk 8 hingga 10 orang bergantung kepada tempat. Pinggan mangkuk dan gelas akan siap terletak di setiap tempat duduk.

 

Keliru tentang yang mana satu gelas atau sudu anda? Tidak perlu risau. Apabila anda duduk, pinggan makan anda akan berada betul-betul di hadapan anda. Di sebelah kanan anda, diletakkan gelas atau cawan anda. Alasan kenapa  diletakkan di sebelah kanan ialah kebanyakan orang lebih selesa memegang gelas atau cawan dengan tangan kanan. Jangan lupa meletakkan kembali cawan atau gelas di tempat asal untuk memastikan meja makan sentiasa kemas dan teratur.

 

Sudu dan pisau juga akan diletakkan di sebelah kanan, begitu juga garpu salad jika ada. Di sebelah kiri, lazimnya diletakkan pinggan kecil bagi roti dan mentega, termasuk pisau untuk menyapu mentega yang diletakkan secara melintang di atas pinggan tersebut. Garpu dan kadang-kadang napkin juga diletakkan di sebelah kiri anda.

 

Untuk mengingati dengan mudah, ingat bahawa bahan untuk makanan di sebelah kiri dan minuman di sebelah kanan!

 

  Ke atas