|
Tip Mendapatkan Pekerjaan Dan Resume Oleh: Amin Hazyq Klinik Kerjaya Perintis
Kebanyakan
pemburu kerja sering berasa sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan
kelayakan yang ada dan tidak tahu tentang teknik-teknik yang betul dalam
memohon pekerjaan dan menghadiri temu duga. Terdapat dua cara untuk memohon,
iaitu secara bertulis atau menghadiri temu duga terbuka, bergantung kepada
keperluan seperti yang telah diiklankan. Permohonan secara bertulis adalah
yang paling biasa dilakukan. Anda dikehendaki menyediakan surat permohonan
dan juga resume untuk setiap jawatan yang dipohon.
|